Thursday, 28 September 2017

JALAN JALAN KE TASIK KENYIR



Assalamualaikum semua.

Harini nak cite sikit pengalaman ke Tasik Kenyir bersama suami dan keluarga mertua masa cuti merdeka dan raya haji haritu.



Aku ni nama je orang Ganu, tapi ni baru kali kedua sampai sini.
Kali pertama pun waktu lawatan bersama sekolah rendah. Beza gila kot.Bedah otak pun aku tak dapat ingat sangat. :P

Masa kitorang pergi ni cuti raya haji. Kebetulan pulak cuti raya haji sekali dengan cuti Merdeka.
so agak jam jugakla perjalanan dari Besut nak sampai ke Tasik Kenyir ni.

Dah masuk jalan dalam ni, no worries memang tak jumpa dah jem ke roti ke. hahaa.

Sebenarnya trip ni kitorang tak plan pun. Tetiba aku tengah borak dengan suami macam tak tersengaja bagiidea datang sini. Dahtu apa lagi, bekumpul la rombongan cik kiah ke Kenyir.

Tapi waktu kami gerak tu dah agak lambat dalam pukul 10, sampai tu dekat pukul 12.

smooth je jalannya.
dah sampai pun
pusing pusing cari parking dulu

jumpa pun parking berbayar RM2 je.

Sebabkan time aku pergi ni tengah peak season, so agak susah nakdapat parking. Nasib baik ada jugak parking berbayar. Tak mahal pun RM2 je per day. Dekat dengan pondok polis dan surau pulak tu Senang nak solat dulu ke apa.

ni parking free tapi susah la nak dapat

selfie satu 
Dah siap parking semua pakat pekena makan tengahari kat situ dulu. Lauk simple je ikan sungai masak tempoyak dan goreng, tapi sedap. tapi lupa pulak nak snap gambar kedai sebab lapar. hahhaa.

Kedai makan tu kat foodcourt dekat dengan pusat jualan bebas cukai tu. Makan 7 orang dalam RM45 so far okay la harga dia takdela mencekik sangat kan.

gambar kenangan dulu nanti nak tunjuk kat anak cucu senang
Dah siap siap makan tu ape lagi cuci mata la pulak, kan sekarang kat Kenyir dah ada Pusat Jualan Bebas Cukai. So far okayla takde la besar manapun. Orang sini kata "bulehla dari takdok!" haha
Dah alang alang datang aku cuci mata cuci poket la sikit.

Tudia aih. pakat memborong.

Kalau emar chocolate bolehla nak pilih, nak cakap banyak gila tu takla. Tapi kedai ni antara yang paling ramai orang masuk.









Pastu kalau peminat set pinggan mangkuk, boleh menapak kedai depan kedai chocolate ni. Banyak jugakla jenama yang ada.  Nak beli set cawan ke,gelas ke, pinggan, jug, kuali, periuk apa apa je lah. Pilih dan sediakan duit je. hahhaa.





ni pulak chocolate yang jenistimbang


ni untuk aktiviti island hopping




Dah abis cuci mata,naik bot pulak pusing pusing. Sebabkan hari macam nak hujan dan ada sebab tertentu, kami sempat pergi taman rama rama je. kos satu bot dari jeti Pulau Gawi ke taman rama rama ialah RM80 per boat. Kalau nak pergi pusing pusing tempat lain kena tambah lagi harga tambang bot. So, make sure kalau pergi kena ramai la sikit dalam 8 orang pun okay dah. Takdela terasa sangat nak keluar duit tambang. Lagi satu kalau lagi ramai ni lagi best.




Taman Rama-rama


Taman rama- rama ni waktu operasinya tak silap aku sampai pukul 5. Masa kitorang sampai tu dah nak tutup sebenarnya.Tapi aku mintak jasa baik yang jaga dalam tu nak masuk kejap sebab dah alang alang sampai takkan nak tercongok kat luar je kan. Nasib baik la budak laki tu baik. Mekasih ya :D Pasalnyasi pemandu bot pun satu hal, memandai je dia cakap sampaipukul 5.30 petang. hahhaa.






Kalau korang jenis student, nak buat family day, teambuilding, mencari kedamaian atau nak bermalam kat sini bolehla sewa houseboat katsini. Aku tengok best gilakot naikhouse boat tu sebab dia macam rumah tapi bergerak atas air dan dalam hutan. Dalam tu siap ada dapur, katil, tempat karaoke dan macam macam. Kalau peminat tegar memancing elok sangat. Sesambil lepak lepak atas houseboat sambil mancing singgah pulak airterjun Lasih, sunctuary ikan kelah and macam macam lagi.

masa aku pergi ni waterpark ditutup sementara. so aku tak dapatla nak describekan cemana dia punya waterpark tu.

Dah tu je cite aku pergi Tasik Kenyir. Sebenarnya banyak lagi tempat best kalau pergi Kenyir ni.
Sebab aku dan family terlambat sebabkan hal tertentu so tu je sempat kami pergi.

Bai :)

salam sayang, kaktizz

Monday, 14 August 2017

MENGAPA KELIRU DENGAN REZEKI ?



Pernah dengar tak orang cakap,

 “Rezeki tu dari Allah, tetapi kita kena usaha.”

Tapi kita pun pernah dengar orang cakap jugak kan, 
“Benarlah kita kena usaha, tapi rezeki tu dari Allah.”

Macammana kita nak paham dua ayat ni? Ada beza tak? Mana satu betul?

Kaktizz sebenarnya bukannya nak suruh pilih ayat mana yang betul. J

Sebenarnya kaktizz Cuma nak bagitau tindakan dan kata-kata kita cenderung mewakili apa yang kita rasa dan percaya.

Ada orang percaya rezeki dari Allah.  Tapi lihat dari caranya berusaha seolah dijadikan Allah nombor dua.

Contohnya, apabila tengah asyik dengan sesuatu perkara atau kerja sedangkan waktu solat tiba, maka solat dikemudiankan.  

Inilah golongan yang selesa mengucapkan ayat pertama. Padanya usaha dulu, perintah Allah nombor dua.

Dalam satu riwayat dinyatakan seorang Sahabat sedang bekerja. Beliau menyiapkan dinding yang terdiri dari batu bata. 

Sewaktu azan dilaungkan kerjanya hampir selesai hanya tinggal meletakkan sebutir bata sahaja lagi.

Namun sewaktu mendengar azan, Sahabat tersebut menghentikan kerjanya dan terus menuju ke tempat solat.

Apabila beliau ditanya mengapa tidak meneruskan sahaja kerjanya tadi, walhal hanya tinggal meletakkan seketul batu sahaja lagi.

Beliau menjawab bahawa jika beliau meneruskan kerjanya, sebenarnya beliau sedang membesarkan batu-bata dan bukannya membesarkan Allah! Padanya apabila azan dilaungkan semuanya adalah kecil kecuali Allah.


Beginilah dahsyatnya iman para Sahabat. 

Tidak hairanlah rezeki mereka melimpah ruah. 

Mereka dipandang mulia walau tanpa harta dan kuasa.

Mereka percaya bahawa rezeki itu amat kuat hubungannya dengan Allah.

Firman Allah dalam surah Taha ayat 6, “Kepunyaan-Nyalah semua yang ada dilangit, dibumi, di antara keduaya dan yang di bawah tanah.”

Semoga kita semua juga berada didalam golongan yang sentiasa mengutamakan Allah melebihi dari yang lainnya.

InsyaAllah, dengan izinNya.



Much love, kaktizz

Wednesday, 9 August 2017

TENTANG VITAMIN C SHAKLEE YANG PERLU ANDA KETAHUI


Selalu kalau untuk masalah kulit mesti orang suggest Vitamin C kan?
Tapi selalu konfius nak pilih Vitamin C jenama apa ye.
Dan pelik pulak kenapa ramai sangat suggest Vitamin C Shaklee. Bagus sangat ke?

Jom ketahui kenapa korang patut pilih Sustained Release Vitamin C Plus ni?
Sustained Release Vitamin C Plus Shaklee adalahvitamin C semulajadi.
Ini bermakna kandungannya juga semulajadi dan bebas kimia.

Kenapa penting bagi anda mendapatkan Vitamin C Semualajadi?
Vitamin C semulajadi adalah lebih mudah diserap berbanding vitamin C sintetik.
Kesukaran penyerapan vitamin C boleh menyebabkan toksin terkumpul dan boleh mewujudkan sel abnormal dalam tubuh kita.

AWAS! Terlalu banyak mengambil vitamin C juga tidak elok untuk tubuh kita.
Tetapi berbeza dengan Vitamin C Plus Shaklee. Vitamin C Shaklee dihasilkan dengan teknologi sustained release dimana di dalam setiap tablet mengandungi 500mg kandungan vitamin C.
Dengan kaedah teknologi sustained release ianya dilepaskan berkala perlahan lahan setiap 1 jam sebanyak 100mg sehingga 5 jam. Shaklee antara supplemen pertama yang menggunakan kaedah sustained release.

Kenapa anda perlu elakkan pada vitamin sintetik?
Tahukah anda Vitamin C sintetik adalah vitamin C buatan yang dihasilkan dengan campuran bahan kimia,

Bagaimana nak pastikan Vitamin C yang dibeli adalah semulajadi?


Anda boleh menyemak pada label kandungan vitamin kelulusan KKM (penampal bahagian botol sustained release Vitamin C Plus). Jika vitamin atau supplemen anda adalah semulajadi, kod "D" akan digunakan.

Tapi jika ianya vitamin sintetik atau buatan, ia akan menggunakan kod "DL"pada kod bahan yang digunakan.

Apakah kelebihan Sustained Release Vitamin C Plus yang perlu anda ketahui?
  • Menghalang pertumbuhan jerawat
  • Membentuk kolagen dalam kulit dimana ia merangsang pertumbuhan kolagen menyebabkan kulit menjadi tegang
  • Mencerahkan kulit
  • Melambatkan proses penuaan
  • Menghalang pebentukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung
  • Mengatasi masalah gusi berdarah

Testimoni Vitamin C








Bagaimana nak order jika anda berminat dengan Sustained release Vitamin C Shaklee?

heee. senang ajer! nah details saya kak tizz jeqiyah !
FB : Atie Alias
Instagtram : Vitaminkoo_
Whatsapp : 013-9492993


Sunday, 26 March 2017

TEMPAT MAKAN MENARIK DI IPOH PERAK !

Hai korang!

haritu pergi jalan Perak.

So far so good & Perak ni boleh dikatakan syurga makanan.

Dari pagi sampai malam jenuh pergi makan :)

Meh nak share antara makanan menarik yang boleh korang cuba bilajalan jalan kat Perak.

Ni dia suggested restoran untuk sarapan pagi.  New Hollywood Restoran, Ipoh.

Nampak tak orang ramai berduyun. Nasib baik meja banyak. Best kat sini sebab dalam satu kedai tu ada banyak choice makanan, kira dia buat macam particiant berbeza la untuk setiap menu.
ko nak apa, order je sendiri self service okay ! nanti dia hantar.


Nampak tu lakiku tak sabar sabar dok menunggu makanan.


sampai dah. aku dah lupa nama makanan ni tapi yang ingat satu tu roti telur goyang.
 sebenarnya banyak lagi kami order tapi lupa snap sebab dah melantak awal awal lagi.



Tengahari pun banyak jugak kedai makan best best sampaikan aku dan suami tak habis nak jejak sebab masa tak cukup dan perut kitorang bukanlah tong drum. hahhaa

tudiaaaa ! nasi vanggey ipoh mali.

Restoran Nasi Vanggey Ipoh


Tapi lepas aku dan suami dah siap makan kitorang baru dapat info rupanya ada lagi satu kedai Nasi Vanggey original sedap punya. kedai tu namanya Kedai Kopi Yong Suan tapi dia jual Nai Vanggey. kat situ orang cakap lagi power and jangan risau HALAL punya okay .


Petang tu makan kat sini pulak, Assam House Restaurant. Dia punya owner China, tapi makanan sini HALAL okay. sebabnya kat Ipoh ni memang ramai Cina. 







Nah! siap masuk jalan jalan cari makan (JJCM) ! :D


Kalau malam taktau nak lepak dan makan mana, nah pegi sini.
Kat sini macam Food Truck Court la. Semua Food truck dan macam macam makanan kau boleh pilih. Nak lepak santai-santai pun best la kan malam malam ni. Dia punya lokasi ni kat bandar Ipoh dan berdekatan jugak dengan Assam House ni.


tudiaaa! Char Kuew Tiaw Ipoh mali.


Dah penat makan! nak jalan pun tak larat. Banyak je lagi tempat makan best tapi tak sempat nak terjah. Nah aku belanja kot2 korang takde idea :) Halal punya !






Dah tu je aku nak share.
Harap harap dapat membantu korang semua. :)

salam sayang,
- kaktizz -