Thursday, 28 September 2017

JALAN JALAN KE TASIK KENYIR



Assalamualaikum semua.

Harini nak cite sikit pengalaman ke Tasik Kenyir bersama suami dan keluarga mertua masa cuti merdeka dan raya haji haritu.



Aku ni nama je orang Ganu, tapi ni baru kali kedua sampai sini.
Kali pertama pun waktu lawatan bersama sekolah rendah. Beza gila kot.Bedah otak pun aku tak dapat ingat sangat. :P

Masa kitorang pergi ni cuti raya haji. Kebetulan pulak cuti raya haji sekali dengan cuti Merdeka.
so agak jam jugakla perjalanan dari Besut nak sampai ke Tasik Kenyir ni.

Dah masuk jalan dalam ni, no worries memang tak jumpa dah jem ke roti ke. hahaa.

Sebenarnya trip ni kitorang tak plan pun. Tetiba aku tengah borak dengan suami macam tak tersengaja bagiidea datang sini. Dahtu apa lagi, bekumpul la rombongan cik kiah ke Kenyir.

Tapi waktu kami gerak tu dah agak lambat dalam pukul 10, sampai tu dekat pukul 12.

smooth je jalannya.
dah sampai pun
pusing pusing cari parking dulu

jumpa pun parking berbayar RM2 je.

Sebabkan time aku pergi ni tengah peak season, so agak susah nakdapat parking. Nasib baik ada jugak parking berbayar. Tak mahal pun RM2 je per day. Dekat dengan pondok polis dan surau pulak tu Senang nak solat dulu ke apa.

ni parking free tapi susah la nak dapat

selfie satu 
Dah siap parking semua pakat pekena makan tengahari kat situ dulu. Lauk simple je ikan sungai masak tempoyak dan goreng, tapi sedap. tapi lupa pulak nak snap gambar kedai sebab lapar. hahhaa.

Kedai makan tu kat foodcourt dekat dengan pusat jualan bebas cukai tu. Makan 7 orang dalam RM45 so far okay la harga dia takdela mencekik sangat kan.

gambar kenangan dulu nanti nak tunjuk kat anak cucu senang
Dah siap siap makan tu ape lagi cuci mata la pulak, kan sekarang kat Kenyir dah ada Pusat Jualan Bebas Cukai. So far okayla takde la besar manapun. Orang sini kata "bulehla dari takdok!" haha
Dah alang alang datang aku cuci mata cuci poket la sikit.

Tudia aih. pakat memborong.

Kalau emar chocolate bolehla nak pilih, nak cakap banyak gila tu takla. Tapi kedai ni antara yang paling ramai orang masuk.









Pastu kalau peminat set pinggan mangkuk, boleh menapak kedai depan kedai chocolate ni. Banyak jugakla jenama yang ada.  Nak beli set cawan ke,gelas ke, pinggan, jug, kuali, periuk apa apa je lah. Pilih dan sediakan duit je. hahhaa.





ni pulak chocolate yang jenistimbang


ni untuk aktiviti island hopping




Dah abis cuci mata,naik bot pulak pusing pusing. Sebabkan hari macam nak hujan dan ada sebab tertentu, kami sempat pergi taman rama rama je. kos satu bot dari jeti Pulau Gawi ke taman rama rama ialah RM80 per boat. Kalau nak pergi pusing pusing tempat lain kena tambah lagi harga tambang bot. So, make sure kalau pergi kena ramai la sikit dalam 8 orang pun okay dah. Takdela terasa sangat nak keluar duit tambang. Lagi satu kalau lagi ramai ni lagi best.




Taman Rama-rama


Taman rama- rama ni waktu operasinya tak silap aku sampai pukul 5. Masa kitorang sampai tu dah nak tutup sebenarnya.Tapi aku mintak jasa baik yang jaga dalam tu nak masuk kejap sebab dah alang alang sampai takkan nak tercongok kat luar je kan. Nasib baik la budak laki tu baik. Mekasih ya :D Pasalnyasi pemandu bot pun satu hal, memandai je dia cakap sampaipukul 5.30 petang. hahhaa.






Kalau korang jenis student, nak buat family day, teambuilding, mencari kedamaian atau nak bermalam kat sini bolehla sewa houseboat katsini. Aku tengok best gilakot naikhouse boat tu sebab dia macam rumah tapi bergerak atas air dan dalam hutan. Dalam tu siap ada dapur, katil, tempat karaoke dan macam macam. Kalau peminat tegar memancing elok sangat. Sesambil lepak lepak atas houseboat sambil mancing singgah pulak airterjun Lasih, sunctuary ikan kelah and macam macam lagi.

masa aku pergi ni waterpark ditutup sementara. so aku tak dapatla nak describekan cemana dia punya waterpark tu.

Dah tu je cite aku pergi Tasik Kenyir. Sebenarnya banyak lagi tempat best kalau pergi Kenyir ni.
Sebab aku dan family terlambat sebabkan hal tertentu so tu je sempat kami pergi.

Bai :)

salam sayang, kaktizz

No comments:

Post a Comment