TIPS CANTIK :
10 Tips Memerahkan Bibir Secara Semulajadi, Agar Cantik Menawan
1. GUNAKAN MADU
💟Tips memerahkan bibir yang pertama ialah dengan menggunakan madu. Madu merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Nilai khasiatnya sangat tinggi dari dalaman badan hingga luaran. Untuk memerahkan bibir, sapukan pada bibir hingga merata kemudian biarkan ianya meresap kepada bibir selama 15 hingga 20 minit.
Setelah itu, basuhlah dengan air biasa atau suam. Lakukan rutin ini 3 atau 4 kali dalam seminggu. Insya-Allah, dalam beberapa minggu, bibir anda akan kelihatan cerah dan kemerahan.
2. GUNAKAN LIMAU NIPIS
💟Tips memerahkan bibir yang seterusnya ialah menggunakan limau nipis. Limau nipis juga dapat mengurangkan hitam di bibir anda, kerana ianya kaya dengan Vitamin C.
Caranya ialah perahkan air jus limau sebanyak 2-3 sudu kecil, dan bancuhkan bersama air suam. Sapukan pada bibir dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Setelah itu, bilaslah dengan air suam. Lakukan sebanyak 1-3 kali sehari.
3. SAPU MINYAK ZAITUN
💟Selain itu, tips memerahkan bibir yang lain ialah dengan menyapu minyak zaitun. Minyak zaitun juga membantu dalam memerahkan bibir.
Campurkan minyak zaitun dengan sedikit gula, kemudian sapu pada keseluruhan bibir dan tunggu beberapa minit. Selepas itu, urut keliling bibir secara perlahan dengan arah lawan jam, kemudian bilas sehingga bersih.
4. SAPU AIR MAWAR SEBELUM TIDUR
💟Letakkan kelopak mawar ke dalam air dan kemudian sapukan air mawar ke seluruh bibir. Lakukan sebelum tidur dan jadikan ia rutin harian. Tips memerahkan bibir ini sesuai dilakukan sebelum tidur malam. Jangan mahu tidur sebentar waktu tengahari, mahu pakai juga!
5. SAPU MINYAK KACANG BADAM SEBELUM TIDUR
💟Kacang badam atau hazelnut mempunyai kandungan Vitamin E yang tinggi. Ianya dapat memerahkan bibir secara semulajadi. Sapukan minyak badam sebelum tidur. Ianya juga dapat meningkatkan kelembapan bibir.
Selesai mencuba tips memerahkan bibir ini, jangan lupa gosok gigi!
6. LETAK MENTEGA
💟Sapukan mentega pada bibir setiap kali hendak masuk tidur.
7. SAPUKAN KUNYIT
💟Kunyit juga dapat memerahkan bibir secara semulajadi. Campurkan serbuk kunyit dengan 1 sudu susu. Kemudian sapukan pada bibir selama lebih kurang 5 minit, kemudian bilas dengan air.
8. GUNAKAN AVOCADO
💟Kisar 50 gram buah avocado sehingga halus menjadi serbuk, kemudian titiskan 2-3 minyak zaitun dan campurkan menjadi adunan. Sapukan adunan tersebut pada bibir. Biarkan selama 6 minit dan bilas menggunakan air bersih. Lakukan sebelum tidur.
9. GUNAKAN DAUN KETUMBAR
💟Kisar 2 tangkai daun ketumbar dan campurkan dengan air hingga sebati. Sapukan pada bibir dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilaskan dengan air suam.
10. HIRIS TIMUN DAN LETAK PADA BIBIR
💟Timun juga dapat memerahkan bibir secara semula jadi kerana khasiatnya yang tinggi. Caranya ialah dengan menghiris timun nipis-nipis dan letakkan ke atas bibir anda. Biarkan selama beberapa minit kemudian bilaslah dengan air.
Pendek kata, jalanilah kehidupan yang lebih sihat dan tanpa stres, jauhilah rokok dan juga jaga tidur dengan cukup kerana ianya akan memancarkan kecantikan seri anda dari dalam, dan juga secara luaran. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment