Sunday, 25 February 2018

Bercuti di Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Puteh,Kelantan

Tak sangka macam sekejap je berlalu.
Masuknya 19 Febuari 2018 bermakna dah masuk 3 tahun usia perkahwinan kaktizz dan bangkaktizz.

Weekdays macam biasa la aku kerja.
Tetiba bangkaktizz bagi Fon kata ada orang whatsapp.
aku pun telek Fon, emmm biar je la mesej kat group memang banyak nanti buka bila free.
Dah nak siap keluar rumah bangkaktizz bagi lagi sekali Fon, dia kata "ada orang whatsapp. Tak tengok ke?"

Laki aku ni dah kenapa? Sah mesti ada something ni da masak sangat perangai dia.
aku pun buka la perlahan lahan satu persatu. opppss! Betul!



Baru perasan ada whatsapp dari bangkaktizz suruh kemas baju. Dia dah tempah bilik satu malam kat Tok Aman Bali Beach and Resort. Kalut ribut oii kaktizz. dengan nak pergi kerjanye. Nasib baikla Tok Aman Bali tu dekat je dari Besut, lagipun tempah semalam je. so bawak baju sikit je la. Bytheway, kitorang kalau tempah hotel biasa pakai Agoda je, so dapat la rate murah sikit RM175 per night. Kalau call dia bagi rate RM280 camtu.

Balik dari kerja bangkaktizz jemput.
So sebelum terjah Tok Aman Bali Beach Resort, kami singgah Uptown Kuala Besut dulu sebab aku belum makan. Lapor! Uptown ni Tak besar pun tapi boleh la nak jalan jalan bawa anak rasa angin malam.



Malam tu pekena Nai Khoumok kat Uptown Kuala Besut. Sedap jugak. Nasi ni resepi asalnya dari Thai. Dah kenyang takde tempat nak tuju, so kitorang terus check in Hotel.
Tadaaaa! Ni dia suasana malam kat sini.




Bilik kami 
Malam tu tergelak jugak la sebab selalu kalau kitorang travel mesti keluar jalan sampai pagi. Balik bilik nak rehat je. Tapi kat sini kan dekat je dengan rumah kitorang. Semua dah terjah. So, lepak bilik je la bangkaktizz kata nak bagi chance aku rehat bak puteri, So Suwittt :P

Tok Aman Bali ni lawa jugak. Konsepnya ala ala klasik natural gitu. On da way nak pergi breakfast aku ootd la dulu :) Mujur bangkaktizz sanggup jadi photoghrapher tak berbayar. 






Dah penat selfie masa untuk buffet breakfast pulak :) 

aku kan diet so makan ni je. Percaya tak?
Hahaaaa. tapi itu semua dalam mimpi. Takdenye nak makan salad time bercuti ni. Tak nikmat la bercuti kalau tak makan ye dok. Nah aku belanja gambar breakfast. 

kuih muih

mee kari

ni aku punya makanan. yang lain lain semua bangkaktizz makan,hahha

nasi kerabu punya ulam dan budu

ikan celup tepung

rice to wednesday
Bagi aku rasa untuk masakan breakfast dia ni best, tapi tak banyak choice makanan. Paling tak best dan aku tak suka waitress dia lambat ambil pinggan mangkuk yang dah siap dimakan padahal orang takdela ramai sangat pun.

ni dia, malu oii makan banyak meja bersepah :P
Dah kenyang perut suka hati bolehla kitorang bertukar jadi hantu air pulak. Swimming pool di Tok Aman Bali ni lawa, bersih dan luas. Cuma dalam tu bagi aku so so je sebab tak lepas pun kepala aku. bajet Perenang giteww.


lawa tak?


Panas camni mesti risau sunburn kan. Tapi aku bijak awal awal dah sedia senjata Vitamin C tau. Hahahhaa.
adanya dia nak berjemur seharian pun bole
Tapi takdela aku nak berjemur seharian, petang pukul 2 aku dah kena masuk ofis. 

aktiviti yang korang boleh buat kat sini
By the way kalau lapar time kat bilik nah dia punya menu. Harga so far affordable.

tv tray menu


So, setel semua kitorang pack barang dan check out. 

Thanks bangkaktizz my travel buddy
pemandangan kat luar berhadapan pantai. Bye Bye Tok Aman Bali, till we meet again. :)









No comments:

Post a Comment