Monday, 14 August 2017

MENGAPA KELIRU DENGAN REZEKI ?



Pernah dengar tak orang cakap,

 “Rezeki tu dari Allah, tetapi kita kena usaha.”

Tapi kita pun pernah dengar orang cakap jugak kan, 
“Benarlah kita kena usaha, tapi rezeki tu dari Allah.”

Macammana kita nak paham dua ayat ni? Ada beza tak? Mana satu betul?

Kaktizz sebenarnya bukannya nak suruh pilih ayat mana yang betul. J

Sebenarnya kaktizz Cuma nak bagitau tindakan dan kata-kata kita cenderung mewakili apa yang kita rasa dan percaya.

Ada orang percaya rezeki dari Allah.  Tapi lihat dari caranya berusaha seolah dijadikan Allah nombor dua.

Contohnya, apabila tengah asyik dengan sesuatu perkara atau kerja sedangkan waktu solat tiba, maka solat dikemudiankan.  

Inilah golongan yang selesa mengucapkan ayat pertama. Padanya usaha dulu, perintah Allah nombor dua.

Dalam satu riwayat dinyatakan seorang Sahabat sedang bekerja. Beliau menyiapkan dinding yang terdiri dari batu bata. 

Sewaktu azan dilaungkan kerjanya hampir selesai hanya tinggal meletakkan sebutir bata sahaja lagi.

Namun sewaktu mendengar azan, Sahabat tersebut menghentikan kerjanya dan terus menuju ke tempat solat.

Apabila beliau ditanya mengapa tidak meneruskan sahaja kerjanya tadi, walhal hanya tinggal meletakkan seketul batu sahaja lagi.

Beliau menjawab bahawa jika beliau meneruskan kerjanya, sebenarnya beliau sedang membesarkan batu-bata dan bukannya membesarkan Allah! Padanya apabila azan dilaungkan semuanya adalah kecil kecuali Allah.


Beginilah dahsyatnya iman para Sahabat. 

Tidak hairanlah rezeki mereka melimpah ruah. 

Mereka dipandang mulia walau tanpa harta dan kuasa.

Mereka percaya bahawa rezeki itu amat kuat hubungannya dengan Allah.

Firman Allah dalam surah Taha ayat 6, “Kepunyaan-Nyalah semua yang ada dilangit, dibumi, di antara keduaya dan yang di bawah tanah.”

Semoga kita semua juga berada didalam golongan yang sentiasa mengutamakan Allah melebihi dari yang lainnya.

InsyaAllah, dengan izinNya.



Much love, kaktizz

No comments:

Post a Comment