Sunday, 25 February 2018

Bercuti di Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Puteh,Kelantan

Tak sangka macam sekejap je berlalu.
Masuknya 19 Febuari 2018 bermakna dah masuk 3 tahun usia perkahwinan kaktizz dan bangkaktizz.

Weekdays macam biasa la aku kerja.
Tetiba bangkaktizz bagi Fon kata ada orang whatsapp.
aku pun telek Fon, emmm biar je la mesej kat group memang banyak nanti buka bila free.
Dah nak siap keluar rumah bangkaktizz bagi lagi sekali Fon, dia kata "ada orang whatsapp. Tak tengok ke?"

Laki aku ni dah kenapa? Sah mesti ada something ni da masak sangat perangai dia.
aku pun buka la perlahan lahan satu persatu. opppss! Betul!



Baru perasan ada whatsapp dari bangkaktizz suruh kemas baju. Dia dah tempah bilik satu malam kat Tok Aman Bali Beach and Resort. Kalut ribut oii kaktizz. dengan nak pergi kerjanye. Nasib baikla Tok Aman Bali tu dekat je dari Besut, lagipun tempah semalam je. so bawak baju sikit je la. Bytheway, kitorang kalau tempah hotel biasa pakai Agoda je, so dapat la rate murah sikit RM175 per night. Kalau call dia bagi rate RM280 camtu.

Balik dari kerja bangkaktizz jemput.
So sebelum terjah Tok Aman Bali Beach Resort, kami singgah Uptown Kuala Besut dulu sebab aku belum makan. Lapor! Uptown ni Tak besar pun tapi boleh la nak jalan jalan bawa anak rasa angin malam.



Malam tu pekena Nai Khoumok kat Uptown Kuala Besut. Sedap jugak. Nasi ni resepi asalnya dari Thai. Dah kenyang takde tempat nak tuju, so kitorang terus check in Hotel.
Tadaaaa! Ni dia suasana malam kat sini.




Bilik kami 
Malam tu tergelak jugak la sebab selalu kalau kitorang travel mesti keluar jalan sampai pagi. Balik bilik nak rehat je. Tapi kat sini kan dekat je dengan rumah kitorang. Semua dah terjah. So, lepak bilik je la bangkaktizz kata nak bagi chance aku rehat bak puteri, So Suwittt :P

Tok Aman Bali ni lawa jugak. Konsepnya ala ala klasik natural gitu. On da way nak pergi breakfast aku ootd la dulu :) Mujur bangkaktizz sanggup jadi photoghrapher tak berbayar. 






Dah penat selfie masa untuk buffet breakfast pulak :) 

aku kan diet so makan ni je. Percaya tak?
Hahaaaa. tapi itu semua dalam mimpi. Takdenye nak makan salad time bercuti ni. Tak nikmat la bercuti kalau tak makan ye dok. Nah aku belanja gambar breakfast. 

kuih muih

mee kari

ni aku punya makanan. yang lain lain semua bangkaktizz makan,hahha

nasi kerabu punya ulam dan budu

ikan celup tepung

rice to wednesday
Bagi aku rasa untuk masakan breakfast dia ni best, tapi tak banyak choice makanan. Paling tak best dan aku tak suka waitress dia lambat ambil pinggan mangkuk yang dah siap dimakan padahal orang takdela ramai sangat pun.

ni dia, malu oii makan banyak meja bersepah :P
Dah kenyang perut suka hati bolehla kitorang bertukar jadi hantu air pulak. Swimming pool di Tok Aman Bali ni lawa, bersih dan luas. Cuma dalam tu bagi aku so so je sebab tak lepas pun kepala aku. bajet Perenang giteww.


lawa tak?


Panas camni mesti risau sunburn kan. Tapi aku bijak awal awal dah sedia senjata Vitamin C tau. Hahahhaa.
adanya dia nak berjemur seharian pun bole
Tapi takdela aku nak berjemur seharian, petang pukul 2 aku dah kena masuk ofis. 

aktiviti yang korang boleh buat kat sini
By the way kalau lapar time kat bilik nah dia punya menu. Harga so far affordable.

tv tray menu


So, setel semua kitorang pack barang dan check out. 

Thanks bangkaktizz my travel buddy
pemandangan kat luar berhadapan pantai. Bye Bye Tok Aman Bali, till we meet again. :)









Sunday, 11 February 2018

MANA LEBIH BEST? VIT C 500mg atau 1000mg?



Selalu kalau orang beli vitamin C Shaklee dari saya mesti pakat kata jimat. Yela, sebotol vitamin C Shaklee mengandungi 180  biji vitamin bermaksud sebotol tahan sehingga 6 bulan.

Sehari saya suggest 1 biji pun dah cukup. Tak perlu banyak-banyak. 

Tau Tak sebab apa? Sebab 1 biji sudah membekalkan kita 500mg Vitamin C. Banyak tu. 
Boleh ke badan kita serap 500mg dalam satu masa? Of course tak boleh! 

Habis, buat apa telan sampai 500mg kalau badan tak boleh serap? Membazir!

Kenapa 500mg? Tapi ada Vitamin C di pasaran sampai 1000mg kan?

Vitamin C Shaklee dihasilkan dengan teknologi hebat Sustained Release iaitu perlepasan berperingkat. 

Bagaimana? 500mg ini tidak dilepaskan sekaligus. Setiap tablet Vit C Shaklee mengandungi lapisan pelindung yang memastikan ianya melepaskan hanya 100mg Vitamin C sejam. Jadi, 500mg bermaksud 100mg setiap jam selama 5 jam!

Perlepasan Vitamin C dalam kuantiti yang banyak hanyalah MEMBAZIR! kerana, ianya larut air dan lebihan hanya dibuang melalui kencing! Itulah yang dinamakan "Expensive Urine". Jadi 100mg setiap jam sudah memadai 
Yang ambil Vitamin C dari farmasi sehingga 500mg tu, 1000mg tu, 2000mg tu, kena tahu adakah ia dicipta dengan teknologi Sustained Realease macam Vitamin C terhebat di tangan saya ni? Haaa kalau tak, membazir duit ja tau. 




Apa kelebihan Vitamin C ?
💐Baik untuk imunisasi dan daya tahan badan 
💐Mengurangkan simptom demam 
💐Mengatasi masalah jerawat degil 
💐Mengatasi masalah jerawat pasir dan nasi 
💐Membantu kulit sensitif seperti eczema, resdung 
💐Membantu penghasilan kolagen dalam tubuh 
💐Mengurangkan kesan "sunburn" 
💐Menjadikan kulit lebih gebu 
💐Melembapkan kulit dari dalam 
💐Mengurangkan kedutan dan tanda penuaan 
💐Tona kulit menjadi lebih sekata 
💐Mengurangkan penyakit selsema 
💐Melindungi badan daripada radikal bebas 
💐Menggantikan tisu yang rosak dan menyembuhkan luka 
💐Merendahkan tekanan darah tinggi 
💐Memastikan saluran darah mengembang dengan baik 
💐Mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak 
💐Mencerahkan kulit secara semulajadi 
💐Membantu kelihatan lebih muda 
💐Merendahkan paras insulin 
💐Mengimbangkan sistem dalam badan 
💐Membantu penghasilan dopatime dalam sistem saraf 
💐Membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan 
💐Menghalang terkena serangan jantung 
💐Mengawal komplikasi diabetes 
💐Mengawal kelemumur 
💐Meningkatkan pertumbuhan rambut 
💐Mengurangkan keguguran rambut 
💐Menghasilkan rambut yang lebat 
💐Mengelak daripada uban 

Saya AtieAlias
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 9492993 [Kaktizz]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif 
☑️ Konsultasi percuma berterusan 


FB : Atie Alias
COD | Jerteh, sekitar Besut dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia